ISTILAHWANG
Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Edisi Kedua dihasilkan bertujuan untuk mengembangkan dan memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor Industri Perkhidmatan Kewangan. Daftar istilah ini merupakan satu projek kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Bank Negara Malaysia. Daftar Istilah yang diterbitkan secara dalam talian ini mengandungi 38,091 istilah bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang mencakupi 16 subbidang utama seperti yang berikut:
- Ekonomi
- Asas Ekonomi
- Ekonomi Industri
- Insurans
- Kewangan
- Monetari
- Pasaran Modal
- Pelaburan
- Perakaunan
- Perakaunan Islam
- Perbankan
- Percukaian
- Perdagangan
- Perniagaan
- Takaful
- Teknologi Kewangan